MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
RABU, MAC 25,2020
''MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI ''
''MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI ''
BLOG
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Marilah kita Bersama sama membincangkan topik dibawah
Mencegah
Lebih Baik Daripada Mengubati
Dalam banyak-banyak
hal didunia ini, jika dicegah daripada awal adalah lebih baik dan tenang
daripada hadap dan terpaksa untuk mengatasi kesakitannya.Begitu juga seperti
kesihatan sejagat. Kesedaran awal dalam diri setiap manusia itu kurang
berbanding mereka yang sudah terkena pelbagai penyakit yang merbahaya. Ada yang
sehingga maut akibat terpaksa berhadapan dengan penyakit bahaya.
Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran
kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan
makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut
mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita
juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk
mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk
kesihatan.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang,
terutamanya makanan yang diproses, sejak
awal usia kanak-kanak lagi menjadi faktor bertambahnya bilangan mereka yang
kegendutan dalam usia yang masih muda. Ironinya, kini masalah kesihatan dunia
mengalami revolusi yang pada satu ketika dahulu, kebanyakan masyarakat
mengalami masalah disebabkan kekurangan sumber makanan, tetapi situasi
sebaliknya berlaku pada hari ini apabila masyarakat mempunyai masalah kesihatan
akibat terlebih makan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan daripada
kita kini berpegang pada falsafah “makanlah selagi kita mempunyai selera kerana
jika sudah sakit dan sudah tidak berselera, semuanya tidak sedap dan tidak
boleh dimakan.
Terlalu banyak punca punca penyakit yang
disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat. Saya terpaku tak mampu
berkata apa apa melihat pada zaman kemodenan ini manusia terlalu rakus dengan
makanan yang haram dimakan . tidak asing lagi pada saya dan anda semua bahawa
kita telah menerima khabar yg sangat menyayat hati bahawa 9 orang telah
meninggal dunia akibat jangkitan covid 19 yang juga puncanya ialah pemakanan .
Islam telah melindungi kita dengan kasih saying tetapi kita yang
merosakkanya.Cukup sedih saya melihat umat manusia pada masa kini. Apakah
perasaan Nabi Muhammad SAW apabila beliau melihat keadaan kita padamasa kini?
Tidak dinafikan lagi pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga
kesihatan. Malah, persiapan untuk menyediakan bekalan kewangan mencukupi bagi
tabungan kesihatan juga dilihat sebagai suatu perkara penting. Apabila
mempunyai kewangan yang mencukupi, maka semua perkara akan menjadi mudah dan
barangkali tidak banyak kesulitan dihadapi walaupun ditimpa penyakit.
Islam telah
meletakkan nikmat Islam sebagai nikmat yang paling besar dan mulia selepas
nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan
dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa kesihatan merupakan nikmat
terbesar dan kurniaan teragung selepas nikmat iman dari sudut kepentingannya
dan ia terletak di puncak-puncak nikmat keduniaan kerana kesihatan tubuh
membolehkan seseorang itu belajar dan beramal dengan baik, berkorban, berjuang
dan berjihad untuk agama, maruah,harta dan negaranya serta membolehkannya
menunaikan kewajipan dunia dan agamanya dengan cara yang paling sempurna.
Menghargai dan
menjaga kesihatan adalah juga sebahagian daripada prinsip Maqasid Syariah iaitu
menjaga nyawa dan akal. Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati
tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat dari segi fizikal, mental,
emosi dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat
kehidupan yang dipandukan agama.
Rasulullah bersabda “Sesungguhnya kamu mempunyai
tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat
Bukhari).
Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mintalah kepada Allah
kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih
baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)"
Kesimpulannya,
Pepatah Melayu ada menyebut 'mencegah itu lebih baik daripada merawat'
malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kesihatan dengan cara
mengambil langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit. Bagaimanapun
jika ditimpa penyakit, Islam mengajar kita supaya tidak berputus asa dan
hendaklah berusaha mencari penawar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu
kecuali diturunkan bersamanya ubat."
Manthol menthol
ReplyDelete